Cara solat tarawih bersendirian dirumah

Assalamualaikum,

Berikut merupakan cara solat tarawih dirumah yang mudah buat sesiapa yang tidak berkesempatan berjemaah di masjid terutamanya khusus bagi kaum wanita yang mempunyai beberapa kesukaran untuk melaksanakan ibadah solat sunat tarawih di masjid akibat kekangan kesibukan dirumah seperti mempunyai anak-anak kecil yang perlu diberikan perhatian, masalah lewat balik dari bekerja, keuzuran dan tidak mampu ke masjid dan sebagainya. Namun ia tidak sesekali mengakibatkan anda tidak boleh beribadah dirumah seperti mana orang lain yang mempunyai kelebihan dari segi ruang dan masa datang ke masjid untuk beribadah.

Bagi yang baru mula berjinak untuk melakukan solat tarawih bersendirian dirumah, mari kita tengok caranya.

1) Solat tarawih adalah solat sunat waktu malam 2 rakaat. Tatacaranya sama seperti solat-solat sunat yang lain tiada bezanya.

2) Ia tidak mempunyai jumlah maksima rakaatnya. Nabi صلى الله عليه وسلم ditanya :

ا تَرَى فِي صَلَاةِ اللَّيْلِ ؟
Apa pendapat engkau tentang solat malam?
قَالَ : ” مَثْنَى مَثْنَى ، فَإِذَا خَشِيَ الصُّبْحَ صَلَّى وَاحِدَةً فَأَوْتَرَتْ لَهُ مَا صَلَّى
Baginda menjawab: : Dua rakaat, dua rakaat. Apabila takut akan masuk waktu Subuh, solatlah satu rakaat untuk mengganjilkan bilangan rakaat solatnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat, hadis no: 454]
kesimpulanya bilangan rakaat mengikut kemampuan, paling ringkas buat 13 iaitu, 10 tarawih dan 3 witir. Paling mudah lakukan 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula lakukan 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
Ketika solat apa yang wajib seperti biasa adalah surah al-fatihah dan surah-surah berikut selepasnya terpulang dari anda, ianya adalah sunat dan tidak ada surah khusus untuk solat tarawih. Namun ketika solat bersendirian anda mungkin boleh membaca surah ataupun ayat-ayat yang panjang sesuai dengan kemampuan anda, kerana apabila solat bersendirian anda lebih khusyuk dan masa telah anda tetapkan dan terpulang anda untuk memilih surah ataupun ayat-ayat yang anda akan baca.
3) Segala bacaan diluar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk dalam amalan solat tarawih, tetapi ianya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukanya baik dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
4) Lakukanlah tarawih selepas solat isyak. Masanya berakhir apabila masuk waktu subuh. Hanya sahaja sewajarnya selepas solat isyak dilakukan solat sunat rawatib selepas isyak/ba'diyah isyak, kemudian baru lakukan solat tarawih.
5) Boleh tidur dahulu, dan melakukannya di hujung malam.

Niat solat tarawih bersendirian:

Maksud : " Aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Niat solat sunat witir 2 rakaat:
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Maksud : " Aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Niat solat sunat witir 1 rakaat :
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Maksud : " Aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta'ala"

6) Zikir selepas solat sunat witir dibaca tiga kali sebelum doa:
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Sekiranya anda ingin mencari doa-doa yang biasa dibaca setelah habis solat witir, berikut adalah diantara doa-doa yang anda boleh baca.

اَللهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ اِيْمَانًا دَائِمًا، وَنَسْأَلُكَ قَلْبًا خَاشِعًا، وَنَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَنَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا، وَنَسْأَلُكَ عَمَلاً صَالِحًا، وَنَسْأَلُكَ دِيْنًاقَيِّمًا، وَنَسْأَلُكَ خَيْرًا كَثِيْرًا، وَنَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ، وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْعَافِيَةِ، وَنَسْأَلُكَ الشُّكْرَ عَلَى الْعَافِيَةِ، وَنَسْأَلُكَ الْغِنَاءَ عَنِ النَّاسِ، اَللهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتَخُشُّعَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَنَا يَا اَللهُ يَااَللهُ يَااَللهُ يَااَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. 

Artinya :
Wahai Allah. Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu iman yang tetap, kami memohon kepada-Mu hati yang khusyu', kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami memohon kepada-Mu keyakinan yang benar, kami memohon kepada-Mu amal yang shaleh, kami memohon kepada-Mu agama yang lurus, kami memohon kepada-Mu kebaikan yang banyak, kami memohon kepada-Mu ampunan dan afiat, kami memohon kepada-Mu kesehatan yang sempurna, kami memohon kepada-Mu syukur atas kesehatan, dan kami memohon kepada-Mu terkaya dari semua manusia. Ya Allah, Tuhan kami. Terimalah dari kami shalat kami, puasa kami, shalat malam kami, kekhusyu'an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami, Wahai Allah Wahai Allah Wahai Allah Wahai Dzat yang Paling Penyayang diantara para penyayang. Semoga rahmat Allah tercurahkan kepada sebaik-baiknya makhluk-Nya, Muhammad, keluarga dan sahabatnya semua, dan segala puji milik Allah, Tuhan semesta alam


Doa selepas solat witir :

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Insya-Allah,solat tarawih itu amat mudah dan tidak seperti yang apa kita bayangkan jika melakukannya bersendirian. Rahmat Allah itu luas, Allah maha mengetahui keadaan setiap hambanya.


والله أعلمُ بالـصـواب