Memaparkan catatan dengan label My Komuniti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Komuniti. Papar semua catatan
Assalamualaikum,



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2015






Lagu : SEHATI SEJIWA

Demi ……tanah yang bertuah
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa
Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa


Lagu : Muhammad Yuri Edris
Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris
Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus
Penyanyi Latar : Gemersik Chorus





BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2015


SEHATI SEJIWA

Sehati Sejiwa dipilih menjadi tema utama Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2015. Tema “Sehati Sejiwa” mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. Bermula tahun 2015, Hari  Malaysia dan Hari Kemerdekaan tidak lagi menggunakan ulang tahun seperti kali ke 58 tapi sebaliknya menggunakan tahun iaitu “2015”. Ianya untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja.



TEMA HARI KEMERDEKAAN 2015 MALAYSIA

Sehati sejiwa melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan semenanjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.




LOGO HARI KEMERDEKAAN 2015 MALAYSIA

Logo tema hari kemerdekaan 2015



Persatuan Belia TULUN TOKOU Program Senamrobik dan Hiking, 1 Belia, 1 Kampung


Assalamualaikum...

02 February 2013 Persatuan Belia Tulun Tokou dengan Tema 1 Belia 1 Kampung telah mengadakan aktiviti Senamrobik dan Hiking bagi belia kawasan Mukim Paris dan Batu Putih. Penyertaan belia sangat menggalakkan, pada mulanya target hanya 50 orang belia turut serta dalam program ini, namun sambutan dan penyertaan belia untuk menyertai program ini lebih daripada yang di anggarkan.

Objektif bagi Program senamrobik dan Hiking ini ialah bertujuan untuk memupuk semangat bersatu padu di kalangan belia, hidup secara sihat dan mencintai khazanah alam. Pendaftaran bermula jam 6.30am hingga jam 7.30am, manakala senamrobik bermula jam 7.30 hingga jam 8.30am. Pembahagian kumpulan mula dibuat setelah para peserta selesai melakukan senamrobik untuk 'warm up' sebelum memulakan Hiking. Perjalanan dianggarkan mengambil masa selama 1.30 jam atau 2.00 jam dan jarak perjalanan adalah kira-kira 10km dari Kg Paris 1 ke Kg Batu Putih.






Destinasi Hiking adalah menuju ke AGOP TULUG yang bertempat di Kg Batu Putih. Sedikit pengenalan mengenai Agop Tulug, mungkin ramai yang belum tahu, ianya merupakan tinggalan ataupun merupakan bukti penempatan orang yang mula bertapak di daerah Kinabatanagan sekitar 500-690 tahun dahulu. Agop Tulug ialah  sebahagian daripada formasi batu kapur Labang yang berusia 20-25 juta tahun. Agop bermakna Gua, bagi penduduk sekitar Kinabatangan menggelarnya AGOP TULUG. Daya tarikan dan khazanah yang ada di kawasan Muzium Agup Tulug ini sangat istimewa, di dalamnya terdapat tinggalan keranda yang berusia sekitar 500-690 tahun dahulu. Ukiran seperti kepala kerbau, buaya, cicak, burung dan sebagainya pada keranda menggambarkan mitos bagi masyarakat Kinabatangan pada masa itu. Sementara nama Kinabatangan pula penulis barat mengatakan ia bermakud "SUNGAI CINA" dalam dialek HAKKA " Kina-batan-gan" bermaksud "Sekarang kita memperoleh tanah ini", malah artifak tingglan Cina, sumpit, gong, seramik dan perhiasan diri juga terdapat di dalam Agop Tulug ini.


                                                           MUZIUM AGOP TULUG





                           
                    inilah wajah para peserta yang sampai dulu, walaupun kepenatan sempat 
                    juga 'posing'


                   Masih nampak bertenaga pesert-peserta ni walaupun telah berjalan 
                   sejauh 10km..wow...semangat bah.. :)


                                        Tidak kurang juga ada yang melepuh kaki dan kejang, namun 
                                        anggota PBSM segera memberi bantuan.








Saya tertarik mengambil gambar pokok yang berbuah dan mengeluarkan bunga ni :)

Cantik kan? warna kuning lagi..









Ini gambar sebelum buah pokok ini bertukar menjadi kelopak bunga yang cantik.






Pasukan penyelamat RELA turut menyibukkan diri dalam program ni and sempat 'posing' juga :) 



Gambar sekitar Agop Tulug, tapi saya tak sempat ambil semuanya sebab penat sangat, gambar gua pn tak sempat nak ambil :(


Haa..inilah gambar tangga untuk menuju ke Agop Tulug, ini baru bawahya saja.. tinggi lagi..dorang ni tidak rasa penat, masih mahu menaiki gua ni.. 

Muka letih..kesian.. rentung pun ada..hahahaha
matahari punyalah panas :)

Semangat mahu naik tangga menuju ke Agop Tulug, sebelah jak pun......... hihihi













                                       
                Gambar penerimaan cenderahati daripada pegawai Muzium Sabah Agop Tulug 
                kepada Pengerusi Persatuan Belia Tulun Tokou Pn. Siti Farha Awang Jaafar




                                Gambar kenangan para peserta, semangat 1 Belia 1 Kampung






                                       
                                  Datuk Saddi hj Abdul Rahman menyampaikan cenderahati kepada 
                                  En. Ardin Suradi Wakil Ketua anak Negeri.



                               Cenderahati daripada Kemeterian Belia dan Sukan kepada Datuk 
                               Saddi Hj Abdul Rahman






                                  Datuk Saddi beramah mesra bersama belia pada hari tersebut
                                  Sporting juga YB ni...





PERTANDINGAN 4WHEEL DRIVE

Semantara di kawasan Kg Paris 1 pula pada hari yang sama, Persatuan Belia Perkasa menganjurkan pertandingan kereta 4wheel Drive - Drift di tempat berlumpur.. lasak juga aktiviti ni. Orang -orang Paris ni, sanggup menghabiskan duit untuk mengubahsuai kereta mereka bagi aktiviti lasak ni. Sementara orang hiking, dorang main lumpur la plak.... hihihihi







Wajah-wajah peserta yang menang pada pertandingan 4wheel Drive ni,dengan bangganya bergambar di hadapan hamper :)
Ada yang dapat hadia satu drum engine oil hehehe, ada yang tengah pegang fuel filter tu.......... lumayan juga hadiah diorang ni...patutlah semangat bah orang paris.................




                   Gambar kenangan bersama Datuk Saddi dan belia mukim Paris dan Batu Putih


Aktiviti yang sangat menarik, lepas ni harap-harap ada lagi aktiviti yang akan dianjurkan

BELIA HARAPAN NEGARA "TULUN TOKOU"






Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kg Paris 1





Assalamualaikum w.b,


Hari ini saya ingin kongsikan rasa gembira yang teramat sangat walau penat sehari dua ni sibuk dengan beberapa aktiviti yang di jalankan di Kg Paris 1 Kinabatangan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, buat semua AJK yang terlibat terima kasih yang tak terhingga kerana bertungkus lumus menjayakan Program Kembara Jalur Lebar & Perkhidmatan Online di Pusat Internet 1 Malaysia, bersempena dengan Majlis Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kg Paris 1 dan Kenduri Rakyat, kerjasama dari pihak MAMPU (jabatan perdana menteri), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), Telekom Malaysia (TM), MSD digital Intelligence (MSD)dan PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M). Warga Mukim Paris dan Batu Puteh mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak MAMPU, SKMM, TM, MSD, PUSAT INTERNET 1MALAYSIA dan berebepa lagi agensi-agensi kerajaan dan swasta yang turut sama datang menjayakan program tersebut. Kerjasama daripada Wakil Ketual Anak Negeri, Ketua Kg Mukim Batu Puteh &Kg Paris, Pemaju Mukim, JKKK, KRT,RELA dan seluruh komuniti yang terlibat dalam menjayakan program tersebut amat dihargai dan terima kasih yang tak terhingga buat anda semua.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga juga buat Wakil Rakyat kami (N.48) Datuk Saddi Hj. Abd Rahman kerana sudi datang bagi memeriahkan lagi sekaligus merasmikan program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan
19 DEC 2012 Bermula jam 8.00am – 5.00pm
·         Aktiviti Sukaneka Dewasa, Belia/Remaja dan Kanak-kanak dijalankan
·         Aktiviti Pertandingan Karaoke Peringkat Saringan
·         Penilaian pertandingan pembikinan video yang telah bermula sejak 10 Dec 2012 SUCCES
      STORY 2012 di PI1M


20 DEC 2012 – Acara Kemuncak
·         Kedatangan VIP dari Pihak MAMPU dan SKMM
·         Perasmian oleh YB Datuk Saddi Hj. Abdul Rahman
·         50 tiket cabutan bertuah
·         Kuiz ICT
·         Kuiz PI1M
·         Game show
·         Pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta
·         SPR
·         Pameran gerai dan buah-buahan tempatan
·         Pertandingan melukis dan mewarna Online (kanak-kanak)
·         Pertandingan carian maklumat Online kategori remaja
·         Pendaftaran Ahli PI1M dan pendaftaran bagi Latihan Get Malaysian Business Online (GMBO) di
      Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)

Dan banyak lagi aktiviti yang menarik. Cuti sekolah sangat menyenronokkan dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti ini .

Aktiviti Sukaneka yang... Lucu la adik-adik ni semua, terutama adengan tiup tepung dan jalan King Kong hehehehe, walau apa-apa pun, di ucapkan tahnia kepada yang menang, dan terima

Sukaneka
kasih di atas penyertaan anda semua.
Ibu bapa pun turut serta dan sangat 'sporting' hehehe 
Di harapkan tahun hadapan lebih meriah lagi  acara ini. Sekali sekala terasa cuti sekolah amat seronok dengan aktiviti begini.





















Para pengunjung terdiri daripada komuniti setempat turut sama hadir dan bergembira meraihkan program tersebut, inilah masa dan peluang bagi mereka untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan online kerajaan secara percuma.



Walaupun hari hujan mereka tetap 'sporting' tidak berganjak dan masih bersama-sama meraihkan majlis ini dengan jayanya















Wah...Sedapnya
Anda tahu ini apa? erm...inilah makanan kegemaran Suku Kaum Orang Sungai, walau harganya agak terlalu mahal sehingga mencecah puluhan ringgit pun orang akan tetap beli. Lagipun hanya sekali sahaja setahun. Mestilah beli, DURIAN MERAH ini sangat popular di sekitar kawasan Kinabatangan.






YB Datuk Saddi Hj. Abd Rahman sedang berucap
Terima kasih kerana sudi datang YB

















Hem..lihat pulak peserta pertandingan Karaoke kita, mantap-mantap belaka, 'sporting' pakcik dan makcik kita ni.....








Tarian Titikas dari Suku kaum Orang Sungai :)


Sangat meriah, semoga Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kg Paris lebih meriah di tahun hadapan dan semoga terus Maju Jaya... :)

Wassalam..