Assalamualaikum,



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2015






Lagu : SEHATI SEJIWA

Demi ……tanah yang bertuah
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa
Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa


Lagu : Muhammad Yuri Edris
Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris
Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus
Penyanyi Latar : Gemersik Chorus





BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2015


SEHATI SEJIWA

Sehati Sejiwa dipilih menjadi tema utama Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2015. Tema “Sehati Sejiwa” mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. Bermula tahun 2015, Hari  Malaysia dan Hari Kemerdekaan tidak lagi menggunakan ulang tahun seperti kali ke 58 tapi sebaliknya menggunakan tahun iaitu “2015”. Ianya untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja.



TEMA HARI KEMERDEKAAN 2015 MALAYSIA

Sehati sejiwa melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan semenanjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.




LOGO HARI KEMERDEKAAN 2015 MALAYSIA

Logo tema hari kemerdekaan 2015



Tiada ulasan:

Catat Ulasan