Tasik 'Pink' di Australia (Hiller Lake)



Assalamualaikum

         Selamat pagi semua, lama tak ber'blogging' ni.. sibuk memanjang dengan kerja.. tapi adalah nak kongsi dengan korang cerita hari ni.. Pernah tengok tasik warna pink tak? alamak..nampak sedap macam air susu strawberry jer la... Subahanallah.. sangat cantik Pink Hiller Lake di selatan Australia ni.. kalau tengok dari pemandangan atas macam tak percaya...merah jambu.. biasanya tasik akan bewarna seperti coklat atau tidak pun bewarna biru atau kehijau-hijauan..

          Dikabarkan keunikan Tasik hiller ni membuatkan penumpang kapal terbang yang melalui kawasan tasik tersebut tidak akan ketinggalan bangun dari kerusi dan melihat sendiri keindahan Tasik Hiller. Dipercayai tasik ini pertama kali diterokai oleh pengembara British, Matthew Flinders pada tahun 1802. Tasik itu sebelum ini tidak pernah diganggu dengan sebarang aktiviti yang boleh mengakibatkan kerosakan ekosistemnya kecuali terdapat sebuah operasi penghasilan garam yang terletak berdekatan dengan kawasan tasik tersebut.

            Tasik Hiller yang unik ini bukan sahaja kelihatan cantik tetapi ia juga masih tidak dapat dirungkai oleh para saintis mengapa airnya berwarna begitu. Setakat ini ianya masih menjadi misteri dan belum dapat di selesaikan. Namun tidak kurang juga ada spekulasi mengatakan warna 'merah jambu' itu datang daripada hidupan yang tinggal di dalam tasik itu seperti 'Dunaliella Salina' dan 'Halobacteria' malah satu lagi teori bagaimana tasik itu boleh berwarna merah jambu ialah daripada bakteria 'Red halopilic' yang terdapat dalam ketulan garam yang mana terdapat dalam tasik tersebut. Tetapi kedua-dua teori ini masih belum ada kesahihannya.. dan misterinya masih belum terjawablah..
         Tasik ini sebenarnya cetek dan selamat untuk berenang, walaubagaimanapun kebanyakan pelancong kelihatan keberatan untuk berendam di dalamnya mungkin kerana faktor ianya kelihatan seperti susu 'milkshake' strawberry yang sedap..hehehe
Mari kita kongsi bersama sedikit gambar mengenai keindahan tasik tersebut





5 ulasan:

  1. cantiknya warna pink tu... sangat unik...

    BalasPadam
  2. tasik pink ni cantik...suka tgk...

    BalasPadam
  3. SubhanAllah.. Cantik betul tasik ni..

    BalasPadam
  4. weee 1st time nih tau pasal ni...pinkish giler tasik nih..i like :D


    #kalau beminat nk beli shawl by iamHANIS inbox page Shawl by iamHANIS or wassap/text 0173454767 :)

    BalasPadam
  5. wah comelnya tasik ni colour pink lah plak

    BalasPadam