Gadis Lebih Genius dari Albert Einstein


Assalamualaikum..

          Salam selembut bayu.. wah lama tak ber' blogging.. sangat sibuk dengan kerja sampai tiada masa ber' blogging. beberapa minggu ni..kerja berlambak sangat...huhuhuhu

         Tapi hari ni saya nak kongsi cerita mengenai seorang anak gadis berusia 12 tahun Olivia Manning dari Liverpool yang dikatakan  lebih genius daripada Elbert Einstein dan Professor Stephen Hawking.



        Wah hebat betul dia ni kan, ini disahkan sendiri oleh Institute Cerdik Pandai antarabangsa. Mensa mengiktiraf Olivia sebagai budak genius selepas mendapat skor 162 pada ujian IQ. Ini lebih mengukuhkan lagi bahawa Olivia lebih genius daripada saintis terkemuka German Albert Einstein dan Professor Stephen Hawking.
       
         Memetik daripada laporan Dailymail, kelahiran Olivia dikatakan satu dalam seribu.
"Ramai orang datang meminta bantuan untuk menyiapkan kerja rumah mereka
Saya menerima mereka dengan hati terbuka, kerana dengan cara ini otak saya akan sentiasa berfikir dan membuatkan saya lebih cerdas" Katanya


           Olivia mengakui bahawa dia mudah mengingati semua formula pembelajarannya. Dengan ukuran IQ yang begitu tinggi, Olivia sebenarnya mampunyai kemampuan untuk menghafal novel karya Shakespeare dan juga Macbeth dalam masa 24 jam sahaja.


                                                     Wow dia ni sungguh mengagumkan!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan