PRAY FOR SABAH




Assalamualaikum,




     Hari ini terasa sangat bimbang bercampur sedih, bimbang dengan situasi sekarang, sedih dengan kabar semalam. Ya Allah, semoga pejuang-pejuang kami (Malaysia) yang berada di Felda Lahad Datu Sabah berada dalam keadaan selamat dan memperolehi kemenangan. Apa yang ditakuti akhirnya terjadi, pertumpahan darah yang dielakkan sebelum ini, menjadi kenyataan ngeri. Mula lah timbul pelbagai spekulasi daripada pelbagai pihak tertentu, mengenai Isu Pencerobohan di Kg Tanduo Lahad Datu Sabah, ianya turut dipolitikkan dan yang pastinya, aku benci betul dengan dunia politik sekarang ni.. macam-macam spekulasi, ada yang cakap drama, ada yang cakap propaganda PRU13, sudah ada nyawa pejuang kita yang terkorban pun masih lagi banyak cerita-cerita dongeng di kiri dan kanan. Tolonglah berdoa, berikan semangat kepada pejuang-pejuang kita, ini ada yang mencela kepada mereka, ada yang pertikaikan kebolehan mereka, tapi sejauh mana mereka yang mempertikaikan itu tahu..nyawa yang dulu melayang kerana berjuang adalah pejuang kita, bukanya diri kita yang hanya menghadap notebook (or whatever) ..dan mula menekan 'keyboard' meng'update status' di FB, mula lah mengomen..or ber 'Blogging', bla..bla.. dan mula mencela.

Marilah kita muhasabah diri dengan apa yang telah berlaku wahai Sabah ku.. ini adalah pengajaran yang harus kita jadikan iktibar dimasa akan datang,

Di antara isu Lahad Datu paling hangat di perbualkan:
1. Ada yang kata konspirasi persepakatan De Fecto Opposition Leader dengan negara terbabit.
2. Ada yang kata kerajaan 'Very Slow' boleh dengan senang-senang penceroboh dengan
    jumlah yang begitu banyak bolos menceroboh Lahad Datu?
3. Ada yang kata, "erm..bila dah jadi macam ni baru mau terhegeh-hegeh keluar TV la, Media
    Perdana la..itu pun sekejap je..yang lain sibuk cerita pasal PRU13 kempen memanjang..."
4. Ada juga yang kata.. "Hahhh!!! Islam perang ngan Islam? ape ni Bid'ah! harom..!"
5. Ada yang kata konspirasi politik kerajaan nak raih sokong PRU13, supaya pengundi takut
    undi pembangkang.
6. Kalau jenis yang tak kisah pulak akan cakap.."ah..pedulilah, Kawasan tu milik diorang,
    kalau nak ambik biar je lah.."
7. Ada pulak kawan-kawan yang tak tahu info semasa cakap "Eh apa yang terjadi di Lahad
    Datu Sabah???"
8. Ada juga yang tanya, "Er..Lahad Datu tu di mana?"
9. Ada yang berani update status FB berkata, " Mana C4 yang bom Altantuya dulu?
    kasi bom itu penceroboh bah!!!"

Macam-macam lagi yang aku dengar... naik pening juga, semalaman satu rumah riuh rendah heboh cerita pasal ni, kesian dengan keluarga aku kelmarin yang datang dari Felda dan Lahad Datu untuk menumpang dirumah selama isu ini di Lahad Datu belum selesai. Budak-budak sekolah pun pulang awal kelmarin. Keluarga juga risau dengan anak saudara yang bertugas sebagai pejuang di Lahad Datu, semoga mereka dan pejuang-pejuang yang lain di lindungi Allah... amin..

Kita ucapkan Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.Al-Fatihah : Inp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari unit 69 Komando PDRM yang meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari Filipina kelmarin.Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin ya rabb.

Buat saudaraku yang muslim, marilah luangkan masa buat Qunut Nazilah, buat solat hajat, berdoa serta ucapkanlah...

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Terjemahan : 'Cukuplah Allah Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Penolong' (AQ 3:173)
(Ayat Perang Badar)


Dan senantiasalah kita beringat ;

وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

 Terjemahan : ' Hanya kepada Allah-lah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman'
 (AQ 5: 23)


Harapan ku semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan