Tutorial to Crochet a Bow


Assalamualaikum,

Selamat petang, hari ni nak share tutorial how to crochet a bow, senang je..
memandangkan ada yang pm saya minta tutorial, ini yang paling mudah boleh
saya kongsikan. Actually it is really great to add this to headbands, hairclips
bags or purses..erm, boleh juga buat brooch, nampak comel kat baju or tudung :)


ABBREVIATON
1.    R/ Rnd = Row/ Round
2.    Fo = Fasten Off
3.    Hdc = Half double crochet
4.    Tr = triple crochet
5.    Dc = Double crochet
6.    Sc = Single crochet
7.    Sp = Space
8.    Ch = Chain
9.    Sl st = Slip stitch (To fasten)
10.  Sts = Stitches
11.  St = Stitch
12.  Sl = Slip knot

benang kait / yarn
crochet hook
Saya menggunakan dua warna yarn, yarn jenis ini mudah didapati. Ianya
sesuai untuk mengait bags, purses, hat dan macam- macam lagi. Saya juga
menggunakan 1.4mm crochet hook. Ianya terpulang kepada anda
menggunakan size crochet hook.



1. 1st Rnd buat Ch 12

2. 2nd Rnd di hujung Ch yang ke 12 buat Sc
    pada Ch yang ke 11

3. Pastikan anda mempunyai 12 Sts apabila
    sampai di hujug ch.




Single crochet1
Single crochet2
Setelah selesai 2nd Rnd, turn back dan ulang semula buat Sc every St across
dan pastikan anda mempunyai 12 Sts hingga hujung Rnd. Ulang semula sehingga
anda sampai 8th round.


Hasil setelah 8th Rnd.
Tinggalkan ekor yang panjang untuk proses menjahit. Ianya akan
kelihatan seperti segiempat tepat.



Seterusnya, jahit ekor yang panjang tersebut hingga ke Stc yang ke 6. Ikat
supaya kukuh dan berada di kedudukan yang tengah, kemudian lipat kaitan
tadi sehingga 3 atau 4 lipat bergantung pada lebar kaitan anda dan mula jahit
di bahagian tengah.



Untuk mengukuhkan bentuknya, ikat
di bahagian tengah dengan kuat dan ketat.
Seperti dalam gambar.








Depan
Belakang
Ianya akan kelihatan seperti gambar diatas setelah dijahit kemas.



Langkah berikutnya...
Langkah 1
Langkah 2

Langkah 3
Langkah 4
Seterusnya Ch 8, dan seperti biasa pada hujung Ch iaitu yang 8th, buat Sc
pada Ch kedua dari kanan, teruskan buat Sc sehingga ke Ch yang terakhir,



Ianya akan kelihatan seperti gambar ini
tinggalkan ekor yang panjang pada hujung
untuk memudahkan kita menjahit dan
melekatkan ia pada Bow merah yang
telah di kait tadi.






Jahit pada bahagian belakang dan depan untuk kekemasan dan memastikan
ia ketat dan kuat.


Sekarang ia telah pun siap di kait
dan di jahit, anda boleh melekatkan
ia pada bag, purses, headband, clip
rambut atau mengikut kreativiti anda.
Anda juga boleh memilih warna yang
bersesuaian dan juga saiz.
Ini adalah pattern saya sendiri,
dan ianya sangat mudah.

" SELAMAT MENCUBA"
     Semoga berjaya


/* Maaf, saya kurang pandai buat tutorial ni, hehehe :) */

Support Handmade

2 ulasan:

  1. nice..tp macam susah? tp nanti nak try la..thanks :D

    BalasPadam
  2. @Irah Je Ianya senang, Irah boleh tengok byk tutorial kat youtube :)
    Good Luck :)

    BalasPadam