Assalamualaikum w.b,
Hari
ini saya ingin kongsikan rasa gembira yang teramat sangat walau penat sehari
dua ni sibuk dengan beberapa aktiviti yang di jalankan di Kg Paris 1
Kinabatangan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, buat semua AJK
yang terlibat terima kasih yang tak terhingga kerana bertungkus lumus
menjayakan Program Kembara Jalur Lebar & Perkhidmatan Online di Pusat
Internet 1 Malaysia, bersempena dengan Majlis Hari Terbuka Pusat Internet
1Malaysia Kg Paris 1 dan Kenduri Rakyat, kerjasama dari pihak MAMPU (jabatan
perdana menteri), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), Telekom Malaysia (TM),
MSD digital Intelligence (MSD)dan PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M). Warga Mukim
Paris dan Batu Puteh mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak MAMPU, SKMM,
TM, MSD, PUSAT INTERNET 1MALAYSIA dan berebepa lagi agensi-agensi kerajaan dan
swasta yang turut sama datang menjayakan program tersebut. Kerjasama daripada
Wakil Ketual Anak Negeri, Ketua Kg Mukim Batu Puteh &Kg Paris, Pemaju
Mukim, JKKK, KRT,RELA dan seluruh komuniti yang terlibat dalam menjayakan
program tersebut amat dihargai dan terima kasih yang tak terhingga buat anda
semua.
Jutaan
terima kasih yang tak terhingga juga buat Wakil
Rakyat kami (N.48) Datuk Saddi Hj. Abd Rahman kerana sudi datang bagi memeriahkan
lagi sekaligus merasmikan program ini.
Antara
aktiviti yang dijalankan
19
DEC 2012 Bermula jam 8.00am – 5.00pm
·
Aktiviti
Sukaneka Dewasa, Belia/Remaja dan Kanak-kanak dijalankan
·
Aktiviti
Pertandingan Karaoke Peringkat Saringan
·
Penilaian
pertandingan pembikinan video yang telah bermula sejak 10 Dec 2012 SUCCES
STORY
2012 di PI1M
20
DEC 2012 – Acara Kemuncak
·
Kedatangan
VIP dari Pihak MAMPU dan SKMM
·
Perasmian
oleh YB Datuk Saddi Hj. Abdul Rahman
·
50
tiket cabutan bertuah
·
Kuiz
ICT
·
Kuiz
PI1M
·
Game
show
·
Pameran
dari agensi-agensi kerajaan dan swasta
·
SPR
·
Pameran
gerai dan buah-buahan tempatan
·
Pertandingan
melukis dan mewarna Online (kanak-kanak)
·
Pertandingan
carian maklumat Online kategori remaja
·
Pendaftaran
Ahli PI1M dan pendaftaran bagi Latihan Get Malaysian Business Online (GMBO) di
Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
Dan banyak
lagi aktiviti yang menarik. Cuti sekolah sangat menyenronokkan dengan
aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti ini .
Aktiviti Sukaneka yang... Lucu la adik-adik ni semua, terutama adengan tiup tepung dan jalan King Kong hehehehe, walau apa-apa pun, di ucapkan tahnia kepada yang menang, dan terima
kasih di atas penyertaan anda semua.
Ibu bapa pun turut serta dan sangat 'sporting' hehehe
Di harapkan tahun hadapan lebih meriah lagi acara ini. Sekali sekala terasa cuti sekolah amat seronok dengan aktiviti begini.
Para pengunjung terdiri daripada komuniti setempat turut sama hadir dan bergembira meraihkan program tersebut, inilah masa dan peluang bagi mereka untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan online kerajaan secara percuma.
Walaupun hari hujan mereka tetap 'sporting' tidak berganjak dan masih bersama-sama meraihkan majlis ini dengan jayanya
Wah...Sedapnya
Anda tahu ini apa? erm...inilah makanan kegemaran Suku Kaum Orang
Sungai, walau harganya agak terlalu mahal sehingga mencecah puluhan ringgit pun
orang akan tetap beli. Lagipun hanya sekali sahaja setahun. Mestilah beli,
DURIAN MERAH ini sangat popular di sekitar kawasan Kinabatangan.
YB Datuk Saddi Hj. Abd Rahman sedang berucap
Terima kasih kerana sudi datang YB
Hem..lihat pulak peserta pertandingan Karaoke kita, mantap-mantap belaka, 'sporting' pakcik dan makcik kita ni.....
Tarian Titikas dari Suku kaum Orang Sungai :)
Sangat meriah, semoga Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kg Paris lebih meriah di tahun hadapan dan semoga terus Maju Jaya... :)
Wassalam..
Ramai juga orang datang kan
BalasPadamRamai bah.. hehehe Alhamdulillah
PadamTitikas tu yang mahal bos
BalasPadamya macam men engke2 jak
PadamMulau
PadamNampak Meriah, agak ramai orang pergi ya.
BalasPadamYup.. memang meriah, komuniti setempat yang datang, lagi pun musim cuti sekolah.. tu yang ramai :)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam@sampe herman yes
BalasPadam