KRAFTANGAN PASU, BAKUL DAN KEY CHAIN DARI MANIK/KRISTAL


Assalamualaikum,

          Salam bahagia untuk semua, hah..hari ini saya akan paparkan untuk pertama kalinya hasil kraftangan dari Kg Paris 1 Kinabatangan, Sandakan.
         Saya tertarik melihat hasil kraftangan seorang suri rumah sepenuh masa iaitu Pn. Rosnah. Pada hari sabtu yang lalu 03.11.2012 saya telah datang bertandang kerumahnya dengan tujuan melihat hasil buatan manik seperti kristal di olah menjadi pasu, bunga, beg tangan dan pelbagai lagi. Saya berhajat untuk membawa separuh daripada hasil kraftangan beliau untuk di pamerkan di premis saya. Malangnya nasib saya kurang baik ketika itu, memandangkan Pn.Rosnah telah menghantar hasil kraftanganya di beberpa kawasan daerah yang berdekatan kerana beliau telah menerima tempahan seawal sebulan yang lepas..
erm.... rugila.. kerana di katakan beliau telah membuat sebuah pasu kristal manik sebesar baldi..wah.. rugi tak nampak.. Saya cuma sempat melihat beberapa sisa kraftangan yang lain, saya akan kongsikan gambarnya disini.

Inilah hasil kraftangan beliau seperti bakul, pasu dan perhiasan seperti key chain. Sesiapa yang berminat untuk menempah, boleh la menghubungi saya.......

Email : ilaztycoz@gmail.com



Bakul kecil ini sangat comel kan..





 Bakul ini pula sangat sesuai digunakan sebagai meletakkan barangan hantaran untuk meminang





Lihat sahajalah buah-buah key chain ni..comel :)






Wah.. indah sungguh kilauan cahaya pasu ni, bukan sahaja boleh dijadikan sebagai pasu tetapi boleh juga dijadikan sebagai perhiasan :)




InshaAllah saya akan cuba cari kesempatan untuk memaparkan gambar-gambar lain hasil kraftangan dari manik kristal yang telah Pn. Rosnah hasilkan sekiranya ada kesempatan..

Assalamualaikum w.b... 
















4 ulasan: