Assalamualaikum...
02 February 2013 Persatuan Belia Tulun Tokou dengan Tema 1 Belia 1 Kampung telah mengadakan aktiviti Senamrobik dan Hiking bagi belia kawasan Mukim Paris dan Batu Putih. Penyertaan belia sangat menggalakkan, pada mulanya target hanya 50 orang belia turut serta dalam program ini, namun sambutan dan penyertaan belia untuk menyertai program ini lebih daripada yang di anggarkan.
Objektif bagi Program senamrobik dan Hiking ini ialah bertujuan untuk memupuk semangat bersatu padu di kalangan belia, hidup secara sihat dan mencintai khazanah alam. Pendaftaran bermula jam 6.30am hingga jam 7.30am, manakala senamrobik bermula jam 7.30 hingga jam 8.30am. Pembahagian kumpulan mula dibuat setelah para peserta selesai melakukan senamrobik untuk 'warm up' sebelum memulakan Hiking. Perjalanan dianggarkan mengambil masa selama 1.30 jam atau 2.00 jam dan jarak perjalanan adalah kira-kira 10km dari Kg Paris 1 ke Kg Batu Putih.
Destinasi Hiking adalah menuju ke AGOP TULUG yang bertempat di Kg Batu Putih. Sedikit pengenalan mengenai Agop Tulug, mungkin ramai yang belum tahu, ianya merupakan tinggalan ataupun merupakan bukti penempatan orang yang mula bertapak di daerah Kinabatanagan sekitar 500-690 tahun dahulu. Agop Tulug ialah sebahagian daripada formasi batu kapur Labang yang berusia 20-25 juta tahun. Agop bermakna Gua, bagi penduduk sekitar Kinabatangan menggelarnya AGOP TULUG. Daya tarikan dan khazanah yang ada di kawasan Muzium Agup Tulug ini sangat istimewa, di dalamnya terdapat tinggalan keranda yang berusia sekitar 500-690 tahun dahulu. Ukiran seperti kepala kerbau, buaya, cicak, burung dan sebagainya pada keranda menggambarkan mitos bagi masyarakat Kinabatangan pada masa itu. Sementara nama Kinabatangan pula penulis barat mengatakan ia bermakud "SUNGAI CINA" dalam dialek HAKKA " Kina-batan-gan" bermaksud "Sekarang kita memperoleh tanah ini", malah artifak tingglan Cina, sumpit, gong, seramik dan perhiasan diri juga terdapat di dalam Agop Tulug ini.
MUZIUM AGOP TULUG
inilah wajah para peserta yang sampai dulu, walaupun kepenatan sempat
juga 'posing'
Masih nampak bertenaga pesert-peserta ni walaupun telah berjalan
sejauh 10km..wow...semangat bah.. :)
Tidak kurang juga ada yang melepuh kaki dan kejang, namun
anggota PBSM segera memberi bantuan.
Saya tertarik mengambil gambar pokok yang berbuah dan mengeluarkan bunga ni :)
Cantik kan? warna kuning lagi..
Ini gambar sebelum buah pokok ini bertukar menjadi kelopak bunga yang cantik.
Pasukan penyelamat RELA turut menyibukkan diri dalam program ni and sempat 'posing' juga :)
Gambar sekitar Agop Tulug, tapi saya tak sempat ambil semuanya sebab penat sangat, gambar gua pn tak sempat nak ambil :(
Haa..inilah gambar tangga untuk menuju ke Agop Tulug, ini baru bawahya saja.. tinggi lagi..dorang ni tidak rasa penat, masih mahu menaiki gua ni..
Muka letih..kesian.. rentung pun ada..hahahaha
matahari punyalah panas :)
Semangat mahu naik tangga menuju ke Agop Tulug, sebelah jak pun......... hihihi
Gambar penerimaan cenderahati daripada pegawai Muzium Sabah Agop Tulug
kepada Pengerusi Persatuan Belia Tulun Tokou Pn. Siti Farha Awang Jaafar
Gambar kenangan para peserta, semangat 1 Belia 1 Kampung
Datuk Saddi hj Abdul Rahman menyampaikan cenderahati kepada
En. Ardin Suradi Wakil Ketua anak Negeri.
Cenderahati daripada Kemeterian Belia dan Sukan kepada Datuk
Saddi Hj Abdul Rahman
Sporting juga YB ni...
PERTANDINGAN 4WHEEL DRIVE
Semantara di kawasan Kg Paris 1 pula pada hari yang sama, Persatuan Belia Perkasa menganjurkan pertandingan kereta 4wheel Drive - Drift di tempat berlumpur.. lasak juga aktiviti ni. Orang -orang Paris ni, sanggup menghabiskan duit untuk mengubahsuai kereta mereka bagi aktiviti lasak ni. Sementara orang hiking, dorang main lumpur la plak.... hihihihi
Wajah-wajah peserta yang menang pada pertandingan 4wheel Drive ni,dengan bangganya bergambar di hadapan hamper :)
Ada yang dapat hadia satu drum engine oil hehehe, ada yang tengah pegang fuel filter tu.......... lumayan juga hadiah diorang ni...patutlah semangat bah orang paris.................
Gambar kenangan bersama Datuk Saddi dan belia mukim Paris dan Batu Putih
BELIA HARAPAN NEGARA "TULUN TOKOU"
persatuan anda tampak kompak sekali, salam persahabatan dari kami di Indonesia buat semua sahabat-sahabat anda.Dan yang terakhir saya suka blog anda yang begitu simple dan cantik.
BalasPadam@profesisangguru Salam persahabatan juga dari kami di Malaysia, budaya dan tradisi kita tidak jauh bedanya, kita juga adalah dari rumpun yang sama :)
BalasPadamSalam ziarah salam perkenalan :)
BalasPadamCantik blogmu +D
@UmmiKami terima kasih,salam perkenalan juga buat mu :)
BalasPadam